Floating Icon
03 MAR 2023 GAYA HIDUP 3 MINIT BACA 356 LIHAT 18 BERKONGSI

Sambutlah Hari Raya Aidilfitri dengan Set Hadiah Raya Vergold

Setiap tahun, sambutan Hari Raya Aidilfitri pasti akan mencipta pelbagai kenangan. Ahli keluarga seronok berkumpul untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, juga sesama sahabat handai yang datang berkunjung. Ini menjadi intipati utama tiap kali menjelangnya Hari Raya Aidilfitri. Bagi memastikan sambutan kali ini lebih bermakna, jangan lupa membawa buah tangan sebagai tanda ingatan dan penghargaan sempena Aidilfitri.

Hadiah menarik menambah keterujaan sambutan Aidilfitri

Mana-mana sambutan sekalipun, tidak lengkap tanpa makanan yang lazat. Apatah lagi sambutan terbesar seperti Hari Raya Aidilfitri yang mana kemeriahannya boleh dirasai sejak bulan Ramadan lagi. Ketika menziarahi rumah saudara-mara atau rakan-rakan, usah pergi dengan tangan kosong. Sebaliknya nikmatilah kegembiraan bersama dengan pilihan hadiah yang paling menarik dan mengujakan.

Bagi mereka yang pening memikirkan hadiah yang sesuai atau mahukan sesuatu yang unik dan baharu, kami sedia membantu anda dengan beberapa idea menarik yang pasti akan memuaskan anda mahupun ahli keluarga atau rakan yang menyambut Aidilfitri.

Antara tip memilih buah tangan sempena Hari Raya Aidilfitri adalah:

Pilih juadah yang mengandungi bahan berkhasiat

Kekacang dan bijirin disukai ramai dan sangat baik untuk kesihatan. Faktor nostalgia turut menarik minat saudara-mara dan rakan-rakan yang pasti teruja dengan kenangan manis menikmati kekacang dan bijirin semasa zaman kanak-kanak bersama ahli keluarga masing-masing.

Pastikan kepelbagaian juadah bagi memenuhi cita rasa yang berlainan

Set hadiah yang paling sesuai haruslah mengandungi pelbagai aneka kudapan yang berlainan perisa dan tekstur. Ini tentu lebih menggembirakan dan menambah keriangan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dapatkan Set Hadiah Seikhlas Hati dan Setulus Kasih Vergold

Bosan dengan hadiah yang sama atau berulang setiap tahun? Apa kata anda sediakan Set Hadiah Seikhlas Hati Vergold dan Set Hadiah Setulus Kasih Vergold yang bukan sahaja sesuai untuk sambutan Syawal tetapi juga boleh dinikmati ketika berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.

Dengan 3 kanister yang direka dengan cantik dalam pembungkusan yang bertemakan Hari Raya Aidilfitri, set hadiah Vergold terdiri daripada pelbagai juadah yang enak.

Set Hadiah Seikhlas Hati Vergold:

  • 1x Kacang Badam Panggang Salai BBQ (250g)
  • 1x Kraker Beras Campuran Bijirin Panggang (Perisa Garam Laut) (90g)
  • 1x Biskut Kelapa Bijirin Beras Perang (150g)

Ketiga-tiga makanan ini pastinya menjadi pilihan yang memenuhi cita rasa seisi keluarga. Tiada yang lebih memuaskan daripada mengunyah kacang badam panggang salai, kraker beras atau biskut kelapa tradisional sambil mengimbas nostalgia Hari Raya.

Set Hadiah Setulus Kasih Vergold:

  • 1x Campuran Kacang Panggang Masin – Makadamia, Badam, Gajus (250g)
  • 1x Kraker Beras Campuran Bijirin Panggang (Perisa Bakar Ala Mexico) (90g)
  • 1x Biskut Gajus Berperisa Butterscotch dengan Cip Coklat (150g)

Dengan gabungan tiga jenis snek yang dipilih khas untuk menepati kehendak sambutan, ia pastinya tidak akan mengecewakan. Apa yang pasti, biskut gajus berperisa Butterscotch dengan cip coklat pasti menjadi tarikan utama set ini.

Ingat, tawaran set hadiah Vergold hanya dibuka untuk tempoh yang terhad, iaitu selagi stok masih ada. Pilihan Set Hadiah Vergold pastinya akan membuatkan ahli keluarga dan rakan-rakan anda tersenyum lebar kerana ia bukan sekadar sajian, tetapi pakej yang penuh keikhlasan dan kasih yang tiada tandingannya.

Dapatkan Set Hadiah Seikhlas Hati Vergold dan Set Hadiah Setulus Kasih Vergold di amway.my sekarang. Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri!