Floating Icon
26 JAN 2021 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 574 LIHAT 14 BERKONGSI

Resipi Sayur Campur Tumis-Reneh dengan Periuk Tekanan

Tahun Baru Cina pastinya tiba bersama acara makan besar (ia mungkin menjadi acara maya kerana wabak yang sedang melanda), menghias rumah, membeli barang keperluan dan menyediakan sajian yang memuaskan untuk insan tersayang.

Selain sajian daging, nasi dan mi yang biasa, sayur-sayuran merupakan bahan penting untuk memastikan anda bukan hanya meraikannya dengan gembira tetapi juga dengan pemikiran yang sihat.

CNY Reunion Dinner Celebration


Jika anda mencari idea sajian sayur yang ringkas, cubalah Sayur Campur Tumis-Reneh. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang cerewet makan, ini salah satu cara untuk anak-anak mendapatkan nutrien.

Selain itu, daripada menyediakan sajian ini secara konvensional dengan menggoreng kilas dalam kuali, gunakan Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa. Ia membolehkan anda menumis-reneh sayur-sayuran menggunakan minyak yang minimum tetapi memaksimumkan manfaat kesihatan yang terdapat dalam setiap bahan.


Sayur Campur Tumis-Reneh

Bahan-bahan

  • 2 sb minyak masak
  • 5-6 ketul cendawan shitake kering (direndam dalam air panas, tuskan, dihiris)
  • 2 ketul jeruk tauhu kacang merah
  • 2-3 sb jus jeruk tauhu kacang merah
  • 300g kubis putih (dihiris)
  • 100g cendawan butang (potong dua)
  • 20g cendawan telinga kera/wan yee (direndam dalam air, potong bahagian yang keras)
  • 8 ketul tauhu goreng/tofu pok (potong dua)
  • 50g tauhu kering goreng/fu chuk (dihiris)
  • 250ml air
  • 50g suun (direndam dalam air dan tuskan)
  • 2 sb lumut rambut/fat choy (sejenis alga) (direndam dalam air)

Cara

  1. Panaskan minyak di dalam periuk Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa dengan fungsi STIR FRY 160°C. Masukkan cendawan shitake, jeruk tauhu kacang merah serta jusnya dan tumis sehingga harum.
  2. Masukkan kubis dan tumis sehingga lembut.
  3. Masukkan cendawan butang, telinga kera, tauhu goreng dan tauhu kering goreng. Kacau sehingga semua bahan bercampur.
  4. Masukkan air dan pasang penutup. Putar tombol kawalan tekanan ke PRESSURE. Pilih LOW PRESSURE selama 3 minit.
  5. Bebaskan tekanan. Putar ke STIR FRY, masukkan suun dan fat choy dan kacau rata. Matikan apabila mula mendidih dan hidangkan dengan nasi.

Noxxa Electric Multifunction Pressure Cooker


Dapatkan Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa!