Floating Icon
14 OCT 2022 GAYA HIDUP 3 MINIT BACA 338 LIHAT 11 BERKONGSI

Nasi Arab Ayam & Kari Ayam Berempah

Siapa yang teruja untuk menyambut Deepavali? Kita bagaikan dapat menghidu aroma rempah eksotik yang kaya, dari buah pelaga sehingga bunga cengkih dan daun kari, berbaur dengan bau dupa yang menenangkan dan bunga melur segar yang diselitkan di rambut ibu, berseri-seri disimbahi sinaran deretan lampu… dan kita hampir boleh merasa muruku yang rangup dan kandikelapa yang enak – alangkah indah!

Sudah bersedia untuk menghidangkan sajian yang luar biasa kepada insan tersayang? Resipi yang lazat ini cepat dan mudah disediakan menggunakan Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa dan pastinya menjadi tambahan yang dialu-alukan di meja perayaan anda. Selamat Hari Deepavali!

 

KARI AYAM BEREMPAH

Bahan-bahan

1 ekor Ayam (dipotong 12-16 ketul)

4 biji kentang (dipotong 4)

Bahan-bahan dikisar: 1 biji bawang besar, 6 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia

1 cawan Air

3 sb Pes Cili 

1 tangkai Daun Kari

2 sb Serbuk Kari Daging Idaman Suri

1 sk Serbuk Kunyit

2 inci Lengkuas (dititik)

Garam secukup rasa

1 cawan Santan Pekat

 

Cara

1. Masukkan semua bahan kecuali santan ke dalam periuk dalaman.

2. Pasang penutup dan putar tombol kawalan ke PRESSURE. Pilih MEAT/STEW selama 10 minit. 

3. Setelah masak, tekan WARM/CANCEL dan lepaskan tekanan untuk membuka penutup.

4. Tekan STIR FRY. Masukkan santan dan biarkan mendidih sehingga pekat.

5. Tekan WARM/CANCEL dan sedia untuk dihidangkan.

 

NASI ARAB AYAM 

Bahan-bahan

Untuk Ayam:

1 ekor ayam (dipotong empat dan dibersihkan) 

• ½ sk Serbuk Ketumbar

• ½ sk Serbuk Jintan Manis

• ½ sk Serbuk Lada Hitam

1 sk Serbuk Kunyit

1 sk Serbuk Rempah Campur

• 1 sk Garam

Untuk Nasi:

3 sb Minyak zaitun/Minyak masak

1 biji Bawang besar (dicincang)

3 ulas Bawang Putih (dicincang)

1 inci Halia (dicincang)

Rempah untuk menumis – kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih

• 1/3 cawan Kismis

4 cawan Beras Basmati (rendam selama 30 minit, basuh dan bilas)

• 4 ½ cawan Air

Garam secukup rasa

• ½ sk Serbuk Kunyit

Untuk Sos:

1 biji tomato

5 biji Cili Hijau

2 biji Cili Padi

1 tangkai Ketumbar

1 sk Garam

2 sk Gula

Jus 1 Lemon

(Kisar semuanya di dalam pengisar)

 

Cara

1. Gaulkan ayam dengan rempah dan garam.

2. Panaskan minyak di dalam periuk dalaman menggunakan fungsi STIR FRY. Tumis bahan yang dicincang, rempah dan kismis.

3. Masukkan beras dan kacau. Masukkan air, garam dan serbuk kunyit.

4. Letakkan ayam di atas nasi dan pasang penutup. Putar tombol kawalan ke PRESSURE dan pilih fungsi RICE selama 8 minit.

5. Setelah masak, biarkan selama 5 minit, kemudian putar tombol kawalan ke STEAM untuk melepaskan tekanan sebelum membuka penutup.

6. Keluarkan periuk dalaman untuk mengelakkan nasi hangus di bahagian bawah. Hidangkan dengan sos.