Floating Icon
01 APR 2023 KEHARMONIAN KEDIAMAN 4 MINIT BACA 226 LIHAT 38 BERKONGSI

Amway Dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Strategi Bersaingan Rawatan Air Di Rumah Asia-Pasifik Frost & Sullivan 2022 untuk Tahun Ke-13 Berturut-turut


Frost & Sullivan sekali lagi mengiktiraf Amway kerana strategi pertumbuhannya yang berkesan untuk meningkatkan saluran pengedarannya, menawarkan perkhidmatan selepas jualan premium dan mempromosikan produk dan identiti jenama yang tersendiri dengan inovasi berterusan dan kepimpinan lestari.

Dengan Sistem Rawatan Air eSpringnya yang terunggul, Amway kekal berada pada tahap termaju dari segi teknologi air bersihnya melalui fokus strategiknya pada inovasi berterusan dan pembangunan produk yang diterajui pelanggan. Lebih penting lagi, sebagai jenama sistem rawatan air rumah yang terkemuka di rantau Asia Pasifik, syarikat tersebut berjaya membezakan dirinya daripada pemain baharu dan sedang membangun di pasaran.

"Frost & Sullivan percaya Amway bersedia secara unik untuk permintaan hari ini dan mempunyai kedudukan yang luar biasa untuk keperluan hari esok," kata Janice Wung, Pengurus Program, Tenaga & Alam Sekitar. "Visi dan pelaksanaan strategik syarikat yang jelas menyokong status pilihan rakan kongsinya dan pertumbuhan yang mampan untuk tahun-tahun akan datang."

eSpring ialah penulen air yang tersedia bila-bila masa ada mahukan untuk menikmati air yang bersih, selamat dan mempunyai rasa yang lebih enak dengan cara yang kos efektif, konsisten dan mesra alam. Ia menggunakan gabungan penurasan mekanikal terpaten Amway, penurasan karbon diaktifkan dan teknologi penyahaktifan cahaya ultraungu (UV) untuk menyingkirkan lebih daripada 160 bahan cemar (termasuk racun perosak, bahan kimia industri, sebatian organik dan tak organik dan partikel sehingga 0.2 mikron) sambil mengekalkan mineral dan nutrien bermanfaat seperti kalsium dan magnesium.

Selain manfaat-manfaat ini, eSpring juga lebih kos efektif dan mesra alam berbanding pesaingnya. Setiap kartrij penuras eSpring merawat sehingga 5,000 liter air, menyediakan bersamaan dengan 10,000 botol air dan memenuhi purata keperluan air minum tahunan sesebuah keluarga. Unit ini menukar hampir 100% air paip influen menjadi air tulen efluen, hasilnya pembaziran air yang minimum.

Mari kita lihat teknologi di sebalik Sistem Rawatan Air eSpring:

  • Teknologi penuras karbon diaktifkan: Kartrij penuras blok karbon berbilang peringkat terpaten diperbuat daripada karbon diaktifkan berasaskan tempurung kelapa berkualiti tinggi untuk menulenkan air paip dengan efisien.
  • Teknologi cahaya UV: Menggunakan cahaya UV berkesan menghapuskan lebih daripada 99.99% bakteria dan virus patogen bawaan air dalam air paip.
  • Teknologi pemantauan: Teknologi cip pintar menghubungkan dan memantau penggunaan kartrij penurasan air unit dan memaklumkan pengguna secara automatik apabila tiba masanya untuk menggantikan kartrij melalui penunjuk audio dan visual.
  • Gandingan induktif: Teknologi gandingan induktif wayarles eCoupled yang inovatif mengasingkan bal UV daripada sumber kuasa dalam unit eSpring, menggabungkan teknologi UV dan karbon dengan selamat ke dalam satu kartrij yang sangat tahan lama, cekap tenaga dan mesra pengguna.

Selain itu, Sistem Rawatan Air eSpring ialah sistem rawatan air di rumah pertama di dunia yang memenuhi tiga standard kualiti air yang diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana ia memenuhi atau melebihi keperluan ketat National Sanitation Foundation/American National Standards Institute:

  • Standard 42, yang menguji sistem untuk ciri estetik efluen
  • Standard 53, yang menguji sistem untuk keupayaan menyingkirkan bahan cemar yang memudaratkan
  • Standard 55, yang menguji sistem rawatan air UV untuk keberkesanan kawalan mikrob

Ujian saintifik yang meluas dan pensijilan pihak ketiga ini memastikan piawaian tertinggi dari segi keselamatan, prestasi dan integriti struktur sambil mewujudkan piawaian baharu dan dipertingkatkan untuk produk rawatan air di rumah yang lain di pasaran.

"Amway memperkukuh pembezaan kompetitif penyelesaian rawatan air di rumahnya yang termaju dan kekal mendahului teknologi dan keluk permintaan dengan terus menambah keupayaan unik sebagai respons kepada keperluan pelanggan yang berkembang," kata Sama Suwal, Penganalisis Penyelidikan Amalan Terbaik. "Syarikat tersebut memanfaatkan keupayaan R&D yang luas dan ketangkasan inovasi untuk memacu strategi pembangunan produk berteraskan pelanggan ini."

Biasanya, Amway memberi respons yang pantas dan proaktif kepada kedua-dua permintaan pelanggan baharu dan cabaran teknikal unit eSpring yang sedia ada, ‘memerapkan’ sistem lama sambil membangunkan lelaran produk baharu. Selain itu, ia sentiasa berinovasi untuk melaksanakan perubahan reka bentuk yang diperlukan untuk membina komponen gantian yang berfungsi sepenuhnya untuk alat ganti yang usang dan memenuhi komitmennya untuk menservis unit-unit yang sudah lama (sekurang-kurangnya untuk sepuluh tahun akan datang).

Ketahui lebih lanjut tentang eSpring Water Treatment System di Amway.my