Floating Icon
24 MAY 2022 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 1029 LIHAT 41 BERKONGSI

Minuman Mesti Dimiliki untuk Kesejahteraan Wanita

Wanita sememangnya benar-benar luar biasa, Mereka memiliki semangat yang kuat dan penuh tekad, dan sentiasa memberi yang terbaik dalam apa jua yang mereka lakukan walaupun menghadapi banyak halangan. Mari kita lihat beberapa cabaran yang dihadapi oleh wanita di pelbagai peringkat dalam kehidupan mereka:


Teenage_Years.jpg

Peringkat Remaja

Wanita diperkenalkan dengan kitaran haid pada masa ini. Bermula dari mencapai akil baligh seterusnya memasuki alam wanita, pada masa inilah seorang gadis mengalami pelbagai gejala sebelum, semasa dan selepas haid pada tubuh. Beberapa gejala sebelum dan selepas haid termasuklah rasa letih, kembung, kejang dan rasa tidak selesa.


Young_Go-Getter.jpg

Muda Bertenaga

Sebaik sahaja dia menyertai dunia pekerjaan, gaya hidup wanita menjadi aktif dan sibuk. Dari seawal waktu subuh hingga senja, dia akan mencabar dirinya sehingga tahap maksimum dan terus berusaha mencapai lebih banyak setiap hari dan sering mengabaikan keperluan kesihatannya sendiri sepanjang tempoh itu.


Loving_Mothers.jpg

Ibu yang Penyayang

Dari saat cahaya mata dilahirkan dan menjadi fokus utama dalam kehidupannya, seorang ibu sentiasa mengutamakan anaknya terlebih dahulu. Pada masa yang sama, dia mesti ingat untuk menjaga dirinya juga, terutamanya ketika anaknya terus membesar dan keperluan mereka berubah. Oleh itu, tubuhnya memerlukan pemakanan yang betul bukan hanya untuk pulih selepas melahirkan anak tetapi juga untuk kekal sihat supaya dia dapat menjadi ibu yang terbaik untuk tahun-tahun yang mendatang.


40s_&_Above.jpg

40 & Ke Atas

Pada peringkat umur ini, seorang wanita yang matang akan mengalami beberapa perubahan fizikal ketika dia melangkah ke peringkat kehidupan seterusnya. Sekali lagi, khasiat yang betul akan memastikan tubuhnya cukup sihat dan kuat untuk menempuhinya.


Vital_Treasures_PINK_BLOOM_Botanical_Beverage_Raspberry_Red_Dates_&_Pomegranate_Extract.jpg

Wahai wanita sekelian, kuatkan tubuh anda dengan Minuman Botani Ekstrak Raspberi, Kurma Merah & Ekstrak Delima PINK BLOOM Vital Treasures. Dipek dalam botol siap sedia diminum, ia meningkatkan keperluan pemakanan wanita di semua peringkat kehidupan. Kaya dengan antioksidan daripada Ekstrak Delima terpaten AS, ia juga mengandungi 23 herba berkualiti tinggi yang diketahui dapat menyokong kesejahteraan wanita dan meningkatkan vitaliti.


Berikut adalah beberapa bahan-bahan yang memberi manfaat dalam minuman berperisa raspberi yang lazat ini:


Raspberi

Beri yang berwarna terang ini lazat dan padat dengan serat dan vitamin C. Ia kaya dengan antioksidan, membantu memerangi radikal bebas, merangsang pengeluaran kolagen dan membalikkan kerosakan UV pada kulit.

Delima

Satu lagi buah yang kaya dengan antioksidan, ekstrak delima telah lama digunakan untuk menyokong kesihatan saluran kencing selama bertahun-tahun. Kandungan vitamin C yang tinggi membantu meremajakan sel-sel kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti tompok-tompok usia dan kedutan. Antikeradangan, ia juga baik untuk mengurangkan keradangan kulit yang boleh menyebabkan akne dan ekzema.

Kurma Merah (Jujubes)

Bahan yang lazim digunakan dalam sup dan ubat-ubatan orang Cina, kurma merah mengandungi sehingga 10 kali lebih banyak vitamin C berbanding buah-buahan sitrus. Ia juga bagus untuk kesihatan kulit, mengurangkan tompok-tompok gelap dan tona kulit yang tidak sekata, sementara kandungan vitamin B juga menambah baik peredaran darah.

Akar Angelica Cina

Lebih dikenali sebagai dong quai dalam Perubatan Tradisional Cina (TCM), Akar Angelica Cina (Angelica Sinensis) telah digunakan untuk merawat isu hormon wanita selama bertahun-tahun. Ia membantu menangani gejala-gejala menopaus seperti rasa panas atau berpeluh pada waktu malam dengan mengekalkan tahap serotonin. Sifat antiradangnya dapat mengurangkan kesakitan contohnya kekejangan dan melegakan gejala osteoartritis.

Buah Amomum

Juga dikenali sebagai sha ren, buah amomum telah lama digunakan dalam TCM sebagai tonik untuk buah pinggang. Ia menyahtoksikkan badan sambil merangsang peredaran darah. Ini membantu mengawal kitaran haid dan mengurangkan rasa kembung. Sifat analgesik buah ini juga membantu menangani kesakitan.

Peony Putih

Peony putih juga dikenali dengan nama Cinanya bai shao. Bunga peony putih telah lama digunakan untuk mengurangkan kekejangan dan spasme yang menyakitkan berpunca daripada dismenorea dan haid yang tidak teratur. Ia juga membantu menambahkan lagi kehilangan darah akibat keadaan haid yang teruk.

Chinese Skullcap

Bahan yang kaya antioksidan ini membantu menangani dan mengurangkan kesan tekanan oksidatif pada tubuh yang boleh menjejaskan pelbagai tisu dalam badan. Ia juga menggalakkan pertumbuhan selular dan mengawal tindak balas keradangan tubuh.

Bugleweed

Dikenali juga sebagai ajuga, bugleweed digunakan untuk menangani tahap tiroid dan hormon keseimbangan. Kandungan prolaktin semula jadinya mengurangkan nyeri pada payudara dan kesakitan, melegakan gejala sebelum haid, dan menyuburkan semula tubuh selepas pendarahan yang teruk.



Bersedialah untuk mengetahui manfaat kesihatan semua bahan yang mengkagumkan ini dalam Minuman Botani Ekstrak Raspberi, Kurma Merah & Ekstrak Delima PINK BLOOM Vital Treasures akan datang!


Pada Jun, kami akan melancarkan DUA produk baru di bawah Vital Treasures:


PINK_BLOOM_group.jpg
Minuman Botani Ekstrak Raspberi, Kurma Merah & Ekstrak Delima PINK BLOOM Vital Treasures


ROSYSHINE_group.jpg
Minuman Botani Beri, Ekstrak Bunga Mawar & Ekstrak Biji Anggur ROSYSHINE Vital Treasures


Nantikan lebih lanjut!


Rujukan

  1. Can Pomegranate Improve the Health of My Skin? (https://www.healthline.com/health/pomegranate-benefits-on-skin)
  2. Why Is Dong Quai Called the ‘Female Ginseng’? (https://www.healthline.com/health/dong-quai-ancient-mystery)
  3. Investigating the Effect of Jujube Capsule on Sleep Quality of Postmenopausal Women: A Double-blind Randomized Clinical Trial (https://www.biomedicinej.com/biomedicine/vol10/iss4/7/)
  4. Volatile Oil of Amomum villosum Inhibits Nonalcoholic Fatty Liver Disease via the Gut-Liver Axis (https://www.hindawi.com/journals/bmri/2018/3589874/)
  5. Macrophages in Inflammation (https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/16101534/)
  6. What Is Bugleweed? (https://www.verywellhealth.com/bugleweed-benefits-side-effects-and-preparations-4688633#citation-1)