Floating Icon
02 MAR 2021 KEHARMONIAN KEDIAMAN 3 MINIT BACA 656 LIHAT 108 BERKONGSI

6 Pembersih Handalan yang Anda Perlukan di Kedaiaman Hari Ini

Memutuskan Rantai Tugas

Mengemop lantai, mencuci bilik mandi dan membersihkan tingkap. Jika memikirkan tugas-tugas ini membuatkan anda rasa sengsara – anda tidak berseorangan.

Walaupun sebilangan besar daripada kita mendapati membersihkan kediaman adalah tugas yang membosankan, menjaga kebersihan kediaman menjadikannya tempat yang lebih selamat dan damai.

Namun begitu, dengan jadual yang sibuk dan gaya hidup yang pantas, menjaga kebersihan rumah kadangkala agak membebankan. Akibatnya, tugas penting ini sering dilengahkan, terutamanya jika kaedah pembersihan anda memerlukan usaha keras.

Mujurlah dengan produk pembersihan daripada Amway ini, matlamat anda untuk membersihkan kediaman dan menjadikannya kemas dan rapi adalah cepat dan menyeronokkan tanpa perlu bersusah payah.

Berikut adalah beberapa pembersih handalan yang perlu anda simpan di rumah:

    Amway Floor Shine Floor Cleaner

  1. Pencuci Lantai Floor Shine

    Nikmati lantai yang begitu bersih dengan rumusan unik pencuci lantai ini yang dihasilkan khusus untuk menanggalkan lapisan kotoran dan gris dengan berkesan. Sama ada membersihkan bawah katil, ceruk-meruk dapur, malah bilik mandi, pencuci lantai ini menggunakan Triclosan untuk menghilangkan kuman dan bakteria pada lantai anda. Tambahan pula, ia diperakui mesra alam, tanpa bahan kimia kuat yang boleh membahayakan anda dan keluarga. Gunakan pada marmar, granit, parket, simen, jubin, mozek dan permukaan lain yang boleh cuci dengan air untuk mengembalikan kilauan sambil menanggalkan kotoran dan debu dengan haruman yang menyegarkan.


  2. Amway LOC Multi Purpose Cleaner

  3. Pencuci Pelbagai Guna L.O.C.

    Sedikit sahaja sudah mencukupi dengan pencuci serba guna yang hebat ini sebagai kelengkapan pembersihan anda. Begitu serba boleh, ia sangat berkesan pada semua permukaan termasuk jubin, kayu, vinil, batu, linoleum dan seramik kerana menjadikan permukaan ini berkilau dan tanpa sisa tetapi tidak melelaskan. Telah diuji secara dermatologi dan alergi, pencuci ini selamat untuk kegunaan harian dengan pH neutral dan tanpa bahan-bahan yang tidak menyenangkan seperti fosfat dan klorin.


  4. Amway LOC Kitchen Cleaner

  5. Pencuci Dapur L.O.C.

    Singkirkan gris dan kotoran tebal dengan mudah dengan Pencuci Dapur L.O.C. Rumusan barunya menanggalkan kesan comot, percikan dan kesan berminyak tanpa bau berbahaya yang melemaskan. Menggunakan bahan kimia yang selamat sahaja, pencuci ini membersihkan kotoran dengan mudah, menjadikan dapur anda bersih berkilau. Jimatkan masa dan tenaga dan pastikan jadual pembersihan anda pada tahap tertinggi.


  6. Amway LOC Glass Cleaner

  7. Pencuci Kaca L.O.C.

    Produk bebas ammonia yang hebat ini membersihkan hampir semua permukaan kaca sehingga bersih bersinar dengan selamat tanpa kesan berjalur untuk pandangan yang begitu jelas. Mudah dan selamat digunakan, ia dirumus dengan BIOQUEST Formula yang istimewa dengan bahan-bahan berasaskan bio yang sangat aktif daripada sumber semula jadi seperti kelapa, buah-buahan sitrus dan mineral. Ia mesra alam, bebas fosfat, bebas asid dan alkali yang kuat supaya anda boleh menggunakannya tanpa rasa bimbang.


  8. Amway LOC SoftCleanser

  9. Pencuci Lembut L.O.C.

    Rumusan yang kaya dan berkrim ini lembut pada permukaan seramik tetapi handal menyingkirkan kotoran. Ia membersihkan percikan dan kesan degil tanpa mencalarkan seramik, jadi anda poleh menggunakannya dengan yakin.


  10. Amway PURSUE Disinfectant Cleaner One Step

  11. Pencuci Disinfektan Satu Langkah PURSUE

    Pastikan kebersihan bilik mandi dan lindungi kesihatan keluarga anda dengan pencuci berkuasa 2 dalam 1 ini yang menyahjangkit, menyahbau dan mengawal kulat dan kulapuk dengan berkesan dalam satu cucian. Rumusan tanpa bilasnya tidak memerlukan anda menyental, membilas atau mengelap selepas mencuci. Jadi, nikmati persekitaran bebas kuman untuk insan tersayang dengan pencuci hebat ini yang melindungi kediaman anda ini.