Floating Icon
30 MAR 2022 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 471 LIHAT 9 BERKONGSI

6 Denai Kembara yang Anda Perlu Jejaki dengan XS!

Bersenam di gim atau di rumah kadangkala membosankan. COVID-19 telah memberikan definisi baharu untuk ‘orang yang suka duduk di rumah’, dan kita faham mengapa sesetengah daripada kita tidak sabar-sabar untuk meninggalkan rumah – tentunya dengan mematuhi SOP COVID-19.

Jadi, daripada menyertai gim baharu atau mengatasi sawat injak lama anda, mengapa tidak mencuba denai kembara di sekitar Lembah Klang ini!


Bukit Gasing, Petaling Jaya

Destinasi kembara klasik yang sesuai walaupun untuk pengembara baru, bukit yang cantik ini bagus untuk sesiapa sahaja yang mencari denai kembara alternatif yang indah. Sama ada anda berumur 5 tahun atau 50 tahun, Bukit Gasing menawarkan beberapa laluan dalam pelbagai tahap kesukaran untuk memenuhi tahap keupayaan anda. Ia destinasi untuk melarikan diri daripada kehidupan bandar tetapi masih berada di bandar. Jangan terlepas pandang destinasi ini, masuk PERCUMA!


Broga_Hill_in_Semenyih.jpg

Broga Hill, Semenyih

Ramai yang berkembara pada awal pagi di denai ini untuk menyaksikan matahari terbit. Dengan purata masa kembara selama satu jam, Bukit Broga menawarkan tiga puncak untuk ditakluki, serta panorama bandar raya dari puncaknya.


KL_Forest_Eco_Park.jpg

KL Forest Eco Park

Satu lagi destinasi di tengah-tengah KL, Taman Eko Rimba ini menawarkan pemandangan indah ibu kota yang dikelilingi oleh alam semula jadi. Telusuri kehijauan yang merimbun dan ambil gambar yang sesuai untuk instagram dari jambatan gantungnya yang berlatarbelakangkan KLCC.


Taman Rimba Bukit Kerinchi

Bukan peminat tegar denai kembara yang tidak berturap? Taman Rimba Bukit Kerinchi menawarkan laluan berturap untuk individu yang kurang pengalaman dan juga denai kembara yang dihubungkan ke Bukit Gasing. Mencari cabaran? Jejaki seluruh Taman Rimba Bukit Kerinchi dan juga Bukit Gasing!


Forest_Research_Institute_Malaysia_(FRIM)_Kepong.jpg

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong

Apakah cara yang lebih baik untuk menghargai keindahan hutan Malaysia daripada berkembara di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia? Lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai FRIM, institut ini menawarkan 600 hektar laluan menghijau untuk dipilih. Rentasi Jejantas Rimbanya dan nikmati keindahan Hutan Simpan Bukit Lagong yang mengelilingi FRIM dengan alam semula jadi yang lebih luas lagi.


Bukit Sri Bintang (juga dikenali sebagai Bukit Pelangi)

Inilah laluan yang jarang-jarang dijejaki! Paling sesuai untuk pengembara pertengahan dan berpengalaman, denai Bukit Sri Bintang menawarkan lereng bukit yang agak curam untuk ditakluki. Dengan dua puncak yang menawarkan pemandangan atas yang indah di persimpangan KL dan PJ, denai Bukit Sri Bintang bagus dijejaki pada waktu pagi jika anda mencari sesuatu untuk merangsang peredaran darah dan selera makan anda.

Sri Bintang juga mesra haiwan peliharaan! Jadi, pasang cawak anak anjing anda untuk pengembaraan yang mengujakan! Hanya jangan lupa patuhi SOP apabila anda berada di luar rumah!

Jika anda ada denai kembara yang ingin dikongsikan dengan kami, tag kami (@bodykeyxsynergy) dalam gambar dan video anda di Instagram.


Kekal Terhidrat Dengan XS!

Nutrilite_Soy_Protein_Drink_is_available_in_2_sizes_and_3_other_flavours.jpg

Jangan lupa menambah tenaga sebelum pengembaraan anda! Sarapan berkhasiat yang menyertakan Minuman Protein Soya Nutrilite (ketahui mengapa protein penting untuk sarapan)

memastikan tubuh anda bersedia untuk menjejaki denai pilihan anda, dan membawa beberapa tin

XS_Classic_Black_Fiery_Blaze.jpg

Minuman Tenaga XS memastikan anda mempunyai tenaga untuk mencapai puncak itu dalam masa yang singkat!

Grab_a_can_of_XS_Energy_Drink.jpg

Minuman Tenaga XS tersedia dalam 3 perisa: Cranberry-Grape, Pink Grapefruit Fiery Blaze dan Classic Black Fiery Blaze.


Di XS, kami hanya mahu memberikan anda rangsangan tenaga XStra daripada gabungan buah-buahan semula jadi/perisa lazat yang lain dan vitamin B yang mentenagakan badan anda. Jadilah perintis dengan Minuman Tenaga XS! Kami juga jenama minuman tenaga tanpa gula eksklusif yang PERTAMA dijual di seluruh dunia*


Sumber: https://www.euromonitor.com/amway-claims