Floating Icon
13 APR 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 928 LIHAT 60 BERKONGSI

6 Petua Puasa yang Sihat dengan Nutrilite

Nasi himpit dan kacang kuah. Roti John dan martabak daging. Lemang dan rendang. Adakah kami membuatkan anda rasa lapar pada bulan puasa? Maaf, kami tidak bermaksud begitu tetapi godaan semakin sukar ditolak – terutamanya pada waktu ini.

Tetapi jangan risau. Kami akan membantu anda! Setiap petua di bawah ini menunjukkan bahawa kecantikan dan pemakanan yang baik berjalan seiring. Kami mahu anda rasa dan kelihatan hebat. Ambil protein untuk kulit yang gebu dan berseri, hilangkan dahaga anda dengan PhytoPOWDER walaupun kami tahu anda inginkan segelas sirap bandung dan pastikan tubuh anda bertenaga dan mendapat rehat secukupnya untuk sambutan hari raya bulan depan – harap-harap dengan mengikuti petua kami!

1. Dapatkan Protein Anda

Nutrilite Soy Protein Drink

Berikan tubuh anda protein dan asid amino yang diperlukannya untuk rambut, kulit dan kuku yang sihat dengan Minuman Protein Soya! Pilih antara 4 perisa lazat yang bagus untuk tahap tenaga, pertumbuhan otot dan membantu tubuh anda membaiki dan menyenggara dirinya. Ia juga sesuai untuk vegetarian serta rendah lemak dan kolesterol. Tambahkan satu atau dua skup dalam minuman anda ketika sahur atau buat sajian menggunakannya ketika berbuka. Ayam goreng berempah menggunakan Protein Soya? Tatal ke bawah artikel ini untuk membaca eKatalog Raya!

2. Rasa Kenyang Lebih Lama

Dates keep you fuller for longer

Kekalkan momentum harian anda dengan makan Buah Kurma Arabia Dengan Badam Vergold. Bukan hanya berkhasiat tetapi juga penuh dengan serat yang memastikan usus anda sihat dan mengelakkan rasa lapar. Perlukan minuman selepas itu? Pilih antara 3 perisa Minuman PhytoPOWDER yang padat dengan vitamin B dan C. Ia memastikan anda sentiasa terhidrat dan juga bertenaga!

Selain itu, tahukah anda bahawa purata orang dewasa memerlukan 20g – 30g serat setiap hari? Oleh sebab tidak makan banyak pada bulan puasa, anda mungkin mengalami masalah pergerakan usus. Jika anda tidak mendapat serat secukupnya, ambil Mixed Fiber Powder kami untuk meningkatkan diet anda dengan serat.

3. Jangan Langkau Sahur

Nutrilite DOUBLE X

Sangat mudah untuk menekan snooze pada butang penggera dan tidak bersahur tetapi anda pasti akan rasa lekas marah pada siang hari sementara menunggu waktu berbuka puasa. Elakkannya dengan mengisi pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengambil DOUBLE X yang didatangkan dengan 12 vitamin, 9 mineral dan 17 pekatan tumbuhan yang kaya dengan fitonutrien*.

MAL06051375X | MAL06061351X | MAL05121306T

*12 pekatan tumbuhan aktif daripada tablet pekatan tumbuhan + 4 pekatan tumbuhan eksipien daripada tablet multimineral + 1 pekatan tumbuhan aktif daripada tablet multivitamin.

4. Bersenam

Exercise and get your stretches done

Hanya kerana anda tidak makan pada siang hari tidak bermaksud anda harus mengabaikan rutin senaman anda (regangan 10 minit atau yoga?). Dapatkan Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey untuk merapatkan jurang pemakanan dan mendapatkan nutrisi yang baik ketika berbuka puasa. Hanya campurkan dengan susu skim atau soya dan nikmatinya; tidak mengandungi perisa dan pemanis tiruan. Terdapat dalam perisa Coklat, Vanila dan Kopi. Nota: tambahkan Cal Mag D Plus untuk perkembangan tulang yang kuat dan sihat juga.

MAL13075045N

5. Awasi Kolesterol anda

Nutrilite Salmon Omega Complex

Kami tidak akan menyebut tentang makanan lagi supaya anda tidak terliur ketika membaca artikel ini, pastikan paras kolesterol anda rendah dengan Salmon Omega Complex. Diperbuat daripada salmon yang diperoleh dari kawasan perikanan lestari di Norway dengan campuran ikan bilis dan sardin, dapatkan asid lemak omega-3 yang penting untuk kesihatan yang baik.

MAL12095029N

6. Dapatkan tidur yang cukup

Get enough sleep for better days

Purata orang dewasa memerlukan antara 7 hingga 9 jam tidur. Dapatkan rehat secukupnya untuk melakukan yang terbaik dan melalui hari-hari yang mendatang!

Ketika anda berpuasa, kami berharap petua-petua ini berguna pada hari-hari menjelang hari raya!