Floating Icon
03 MAR 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 496 LIHAT 60 BERKONGSI

5 Makanan Sunnah untuk Khasiat Seharian

Memenuhi keperluan nutrisi harian menerusi makanan sihat adalah satu tanggungjawab besar yang harus diberi keutamaan. Apatah lagi pada zaman yang penuh cabaran dengan pelbagai pengaruh faktor luar. Bagaimanapun, ia sama sekali bukan penghalang untuk kita daripada kekal berpegang kepada amalan pemakanan sunnah yang disyorkan sejak berabad lamanya.

Sihat Itu Anugerah

Kesihatan yang baik sangat penting. Walau bagaimana pun, jika anda mempunyai tabiat makan yang kurang sihat, alam semula jadi sentiasa memberikan kita peluang kedua. Apa yang perlu kita lakukan ialah memberi keutamaan kepada perubahan corak pemakanan tersebut dan mendapatkan maklumat yang tepat bagi menggantikan tabiat diet yang kurang sihat itu.

Manfaat lima makanan sunnah yang wajib anda tahu

Amalan pemakanan berasaskan sunnah Nabi bukan sahaja disyorkan dalam kalangan orang Islam tetapi juga diamalkan serata dunia. Makanan sunnah seperti buah kurma, madu, delima, habbatus sauda dan buah zaitun terkenal dengan kandungan nutrisi yang tinggi untuk kesihatan kita. Dengan mengamalkan pemakanan sunnah yang merupakan sebahagian daripada budaya Islam ini, kesejahteraan umum pasti dapat dicapai di samping menikmati pelbagai manfaat lain:

Kurma

Kaya dengan serat untuk kesihatan penghadaman. Mengandungi antioksidan untuk menyokong kesejahteraan umum serta kalsium, zat besi, kalium, magnesium dan fosforus1.

Delima

Buah yang manis ini mengandungi serat, protein, Vitamin C dan K, folat dan kalium yang tinggi. Ia menyokong tekanan darah yang sihat, mengurangkan keradangan dan merendahkan risiko kerosakan oksidatif2.

Habbatus Sauda

Turut dikenali sebagai jintan hitam, herba ini kaya dengan kalium, fosforus, kalsium dan magnesium, serta vitamin A, C, E dan B. Ia mengandungi antioksidan (thymoquinone, thymohydroquinone, hederagenin dan asid rosmarinik) dan sifat antiradang untuk kesejahteraan umum3.

Buah Zaitun

Dikaitkan dengan kesihatan arteri dan kardiovaskular, ia amat bermanfaat untuk kesihatan jantung selain mengawal tahap kolesterol. Buah zaitun kaya dengan antioksidan iaitu sejenis polifenol hydroxytyrosol yang baik untuk kesihatan tubuh3.

Madu

Diperoleh daripada pelbagai jenis bunga, ia mengandungi vitamin B, vitamin C, kalium, kalsium, zat besi, fosforus, enzim dan asid amino. Madu juga kaya dengan antioksidan untuk menyokong kesejahteraan umum3.

Gabungan campuran 5 dalam 1 untuk kesihatan optimum

Gabungan campuran 5 dalam 1 untuk kesihatan optimum

Dengan ciri kebaikan yang tidak terhad nilainya, Minuman Botani Kurma, Ekstrak Delima, Ekstrak Habbatus Sauda dan Ekstrak Buah Zaitun dengan MaduAl SihaTropical Herbs pastinya pilihan yang baik bagi mereka yang mengutamakan kesihatan.

Gabungan buah kurma, ekstrak delima, ekstrak habbatus sauda, ekstrak buah zaitun dan madu, makanan unggul sunnah ini sangat berguna khususnya bagi mereka yang mempunyai tabiat makan yang tidak seimbang atau menjalani gaya hidup yang sibuk mahupun untuk mereka yang berpuasa.

Ini kerana 3 bahan terpaten Eropah yang digunakan dalam minuman botani ini iaitu ekstrak delima, habbatus sauda dan buah zaitun merupakan antara bahan-bahan yang berkualiti tinggi serta kaya dengan pelbagai nutrien.

Dengan rasa yang lazat tanpa pewarna atau perisa tiruan, pengguna pasti boleh menjadikannya sebagai satu pilihan diet yang mudah dan sihat. Ini selari dengan keperluan nutrisi apatah lagi bagi mereka yang sentiasa mengejar masa sehinggakan sukar mengamalkan gaya hidup sihat.

Ingat: Sihat itu Anugerah! DapatkanMinuman Botani Kurma, Ekstrak Delima, Ekstrak Habbatus Sauda dan Ekstrak Buah Zaitun dengan Madu Al Siha Tropical Herbs sekarang!

Rujukan:

  1. Al-Farisi, M., & Lee, C. (2008, October). Nutritional and Functional Properties of Dates: A Review. Critical Revies in Food Science and Nutrition, 877-887.
  2. Zarfeshany A, Asgary S, Javanmard SH. Potent health effects of pomegranate. Adv Biomed Res. 2014 Mar 25;3:100. doi: 10.4103/2277-9175.129371. PMID: 24800189; PMCID: PMC4007340.
  3. Iqbal, A. S., Jan, M., Muflih, B. and Jaswir, I. (2021) “The Role of Prophetic Food in The Prevention and Cure of Chronic Diseases: A Review of Literature”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(11), pp. 366 - 375. doi: 10.47405/mjssh.v6i11.114