Floating Icon
15 FEB 2023 KEHARMONIAN KEDIAMAN 4 MINIT BACA 241 LIHAT 13 BERKONGSI

4 Cara Haiwan Peliharaan Menyokong Sistem Imun Anda

Memiliki haiwan peliharaan kadangkala sukar. Jika anda pernah memiliki haiwan peliharaan, anda pasti tahu. Dari memijak mainan berdecit pada tengah malam sehingga dikejutkan oleh hidung basah pada awal pagi, cabarannya memang banyak.

Tetapi cabaran-cabaran itu jauh lebih kecil berbanding dengan manfaat fizikal, mental dan sosial apabila memiliki rakan berbulu (berbulu pelepah, bersisik atau berkulit keras) di samping anda. Itu termasuk sokongan untuk sistem imun anda. Berikut ialah empat cara haiwan peliharaan boleh membantu anda menyokong kesihatan anda dan keluarga anda:

Haiwan peliharaan membantu kanak-kanak membina sistem pernafasan yang sihat

Tidak kira betapa bersihnya rumah anda, haiwan peliharaan masih menyumbang lebih banyak (dan pelbagai) kotoran dan bakteria berbanding jika rumah itu tiada haiwan peliharaan. Penyelidikan menunjukkan bahawa biodiversiti ini berguna kerana ia membantu kanak-kanak membina sistem pernafasan yang sihat. Asalkan wajar, kuman yang terkena pada kanak-kanak dalam persekitaran semula jadi mereka akan merangsang sistem imun dan menjadikan tubuh mereka lebih berdaya tahan.

Apabila bercakap tentang haiwan peliharaan, manfaat kesihatan biodiversiti bermula sebelum kanak-kanak dilahirkan lagi. Satu kajian menunjukkan bahawa bayi yang dilahirkan dalam keluarga yang memiliki haiwan peliharaan juga mengalami manfaat dalam sistem imun mereka. Masa pendedahan utama bermula sebelum kelahiran dan berterusan sehingga usia 3 bulan.

Haiwan peliharaan boleh menurunkan tahap tekanan

Apabila kita tertekan, tubuh kita mengeluarkan hormon yang boleh menyekat sistem imun. Namun begitu, meluangkan masa berkualiti dengan haiwan peliharaan kita boleh merendahkan hormon tekanan tersebut.

Penyelidikan menunjukkan bahawa orang yang membelai anjing mencatatkan penurunan tekanan darah. 87% pemilik kucing pula melaporkan bahawa anak kucing mereka membawa kesan positif terhadap kesejahteraan mereka, manakala 76% melaporkan mereka mampu menghadapi kehidupan seharian dengan lebih baik kerana kucing mereka.

Meluangkan masa memerhatikan ikan anda berenang di dalam akuarium atau berinteraksi dengan burung peliharaan anda sama seperti mendekatkan diri dengan alam semula jadi, satu lagi pengurang tekanan yang terbukti keberkesanannya.

Haiwan peliharaan memberikan sokongan sosial

Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa orang yang terasing secara sosial menghadapi peningkatan risiko beberapa masalah kesihatan. Memiliki haiwan peliharaan boleh membawa keajaiban untuk mengelakkan kesunyian. Jika anda tidak boleh memelihara haiwan kesayangan, mungkin anda boleh menjemput datang haiwan kesayangan rakan anda atau melawat pusat menyelamat haiwan peliharaan.

Haiwan peliharaan memberikan inspirasi kepada anda untuk bersenam

Sama ada membawa anjing anda berjalan-jalan, membaling mainan untuk kucing anda atau mengejar burung peliharaan yang terlepas, haiwan peliharaan boleh membuatkan anda terus bergerak. Ini lebih baik kerana senaman bukan sahaja sebahagian daripada gaya hidup sihat tetapi penyelidikan menunjukkan bahawa senaman yang kerap bagus untuk sistem imun berfungsi dengan baik.

Terlalu banyak perkara yang baik?

Namun begitu, alahan kepada haiwan peliharaan tetap menjadi realiti bagi ramai orang. Walaupun anda dan keluarga anda mungkin telah membina daya tahan terhadap bulu haiwan peliharaan, sebarang bulu atau bakteria yang ditinggalkan oleh haiwan peliharaan masih boleh membahayakan sesetengah tetamu anda. Jadi, apa yang anda lakukan apabila mereka datang?

Masa untuk menghidupkan Atmosphere SKY dan Atmosphere Mini anda!

Tahukah anda bahawa Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY dan Sistem Rawatan Udara Atmosphere Mini berkesan menuras lebih daripada 300 bahan cemar bawaan udara dari bakteria sehingga antigen hama habuk? Dengan prestasi kecekapan laluan tunggal sebanyak 99.99%, penulen udara ini boleh menuras semua zarah yang lebih besar daripada atau bersaiz 0.0024 mikron.



Berikut ialah cara proses penurasan 3 peringkat mengurangkan lebih daripada 300 bahan cemar bawaan udara yang melalui unit dengan berkesan:

  1. Prapenuras – Memerangkap gentian dan rambut bawaan udara yang besar, termasuk bulu haiwan peliharaan.
  2. Penuras HEPA – Menyingkirkan zarah-zarah kecil seperti alergen, bakteria, kulapuk, virus, kulat dan asbestos.
  3. Penuras Karbon – Mengurangkan formaldehid, dioksin, ozon dan bau yang tidak menyenangkan daripada merokok, memasak dan haiwan peliharaan.



Cuba beberapa sokongan tambahan

Ada langkah lain yang boleh anda ambil untuk membantu sistem imun anda selain meluangkan masa bersama haiwan peliharaan anda. Pertimbangkan untuk menambah suplemen yang menyokong keimunan seperti Nutrilite Botanical Beverage Mix Cherry With Licorice & Turmeric, Nutrilite Bio C Plus All Day Formula atau Nutrilite Triple Guard Echinacea.

Sekurang-kurangnya, mulakan dengan gaya hidup sihat yang merangkumi pemakanan berkhasiat, kerap bersenaman, banyak tidur, tidak merokok dan kerap membasuh tangan. Ingat juga untuk melindungi insan tersayang dengan Atmosphere SKY dan Atmosphere Mini apabila anak-anak berbulu anda ada bersama!

Teruskan membaca AmwayNow.my untuk mendapatkan lebih banyak petua tentang cara menyokong sistem imun andadan pastikan anda membeli-belah di Amway.my untuk mendapatkan lebih banyak produk untuk untuk merangsang kesihatan anda.